Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemalam Adguard Diperkenalkan Untuk Pengguna Microsoft Edge

Pada hari ini, salah satu faktor utama dalam pemilihan pelayar web adalah penghalang iklan. Sebelum ini, kita telah melihat penawaran Adblocker untuk Microsoft Edge, dan kini satu lagi pemalam dengan ciri lebih kurang sama, iaitu Adguard turut telah ditawarkan untuk Microsoft Edge.

Melalui pemalam ini, pengguna boleh mengaktifkannya untuk menghalang pelbagai jenis iklan yang menganggu seperti iklan pop-up – dan pada masa yang sama melindungi anda daripada menjadi mangsa pemasangan adware atau spyware. Adguard turut mengatakan mereka membantu sesuatu laman dimuat-turun dengan lebih pantas kerana tidak memuat-turun iklan padanya.

Pengguna juga boleh melindungi privasi dengan mengaktifkan perlindungan daripada tracker di arena internet.

Seperti biasa, kami mencadangkan anda untuk nyah-aktifkan pemalam ini ketika melayari sejumlah web yang membantu anda dan memaparkan iklan tidak menganggu – memandangkan ia menjadi salah satu sumber pendapatan utama untuk penerbit kandungan di web.

Bagi anda yang menggunakan Microsoft Edge, boleh memuat-turun pemalam ini dari Windows Store hari ini.

Muat-Turun Adguard untuk Microsoft Edge



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemalam Adguard Diperkenalkan Untuk Pengguna Microsoft Edge"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info