Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nvidia GeForce GTX 1080 Ti Dilancarkan – Kad Grafik Terpantas Keluaran Mereka

Permainan komputer kini menyokong grafik yang kelihatan hidup pada resolusi 4K dan menyokong peranti realiti maya. Jantung kepada PC beprestasi tinggi ialah kad grafik. Nvidia hari ini mengumumkan kad grafik terpantas keluaran mereka iaitu Nvidia GeForce GTX 1080 Ti.

Kad grafik dengan cip Pascal adalah 35% lebih pantas berbanding GTX 1080 biasa dan 78% lebih pantas berbanding GTX 1070. Malah ia lebih pantas jika dibandingkan dengan Titan X Pascal. GTX 1080 Ti dilengkapi dengan 3584 teras CUDA dan RAM sebesar 11 Gigabyte GDDR5X.

Ia menyokong Nvidia G-Sync HDR dan juga Nvidia GameWorks bagi paparan imej yang terbaik pada skrin komputer.Kad grafik Nvidia Geforce GTX 1080 Ti akan dijual bermula 10 Mac ini pada harga $699 (~RM 3110).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nvidia GeForce GTX 1080 Ti Dilancarkan – Kad Grafik Terpantas Keluaran Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info