Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Dan Valve Dijangka Akan Bekerjasama Untuk Set Realiti-Maya SteamVR

Valve sebelum ini telah memperkenalkan platform SteamVR, dan untuk pertama kali, mereka telah bekerjasama dengan pihak HTC untuk hadir dengan set realiti-maya dipanggil HTC Vive. Kini, selepas HTC, pihak Valve diperkatakan bakal bekerjasama dengan LG.

Seperti biasa, melalui kerjasama ini, kita akan melihat LG hadir dengan set realiti-maya yang menggunakan teknologi SteamVR, dan boleh menjalankan kandungan dan permainan yang dioptimasikan untuk platform berkenaan.

LG diperkatakan bakal memperlihatkan set realiti-maya SteamVR mereka seawal minggu ini, bersempena dengan GDC. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Dan Valve Dijangka Akan Bekerjasama Untuk Set Realiti-Maya SteamVR"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info