Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Software Bundle Hadir Dengan Perisian Komputer Seperti 3D Mark, System Mechanic Dan Sebagainya

Humble Bundle merupakan nama yang tidak asing bagi anda yang mengemarkan permainan komputer tetapi pada harga yang murah. Kebiasaannya, anda boleh menyumbangkan harga yang anda tetapkan sendiri (serendah $1), dan mendapatkan permainan yang ditawarkan mengikut peringkat.

Terkini, mereka turut hadir dengan koleksi perisian tersendiri melalui Humble Software Bundle. Melaluinya, koleksi perisian komputer ditawarkan kepada pengguna.

Humble Software Bundle

Pada sumbangan minima $1, pengguna akan diberikan dengan perisian seperti System Mechanic 16.5, AirParror 2, dan juga EaseUS Partition Master.

Pada sumbangan purata pula, pengguna akan mendapat perisian seperti Daemon Tools Pro 8, Backblaze Online Backup dan juga 3D Mark Advanced Edition.

Dan pada sumbangan minima $12, pengguna akan disediakan dengan PCMark 8 Advanced Edition, VRMark Advanced Edition dan juga Dashlane Premium.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Humble Software Bundle hari ini, dan mendapatkannya sekiranya ia menarik minat anda.

Layari : Humble Software Bundle



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble Software Bundle Hadir Dengan Perisian Komputer Seperti 3D Mark, System Mechanic Dan Sebagainya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info