Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ASUS Hadir Dengan Tetikus Baru – ASUS ROG STRIX Impact Untuk Permainan MOBA

Adakah anda seorang peminat permainan atas-talian seperti League of Legends dan DoTA? Apakah anda merasakan bahawa papan kekunci dan tetikus anda tidak setanding dengan kehandalan anda di dalam permainan-permainan ini? ASUS ada jawapannya untuk anda dengan tetikus yang dibina khas untuk permainan kategori ini, yang dinamakan ASUS ROG STRIX Impact.

Tetikus ini hadir dengan cangkerang hitam, dan juga corak yang diilhamkan dari rekaan tamadun Maya. Tetikus STRIX Impact ini mempunyai empat butang, termasuklah butang klik kiri dan kanan, penatal yang boleh diklik, dan juga suis DPI yang membolehkan anda mengubah sensitiviti kelajuan tetikus dengan mudah.

Kebiasaannya, tetikus akan dibina sekali dengan butang-butangnya, akan tetapi, butang-butang pada tetikus STRIX Impact ini menggunakan rekaan yang diasingkan daripada cangkerangnya untuk tindak balas yang lebih laju.

Bukan itu sahaja, butang-butang utama tetikus ini juga menggunakan suis mekanikal Omron, yang menjanjikan jangka hayat sehingga 50 juta klik – membolehkan tetikus STRIX Impact ini bertahan untuk beberapa tahun.

Dalam pada itu, jika komputer ataupun komputer riba anda ada sokongan pencahayaan ASUS Aura Sync, anda juga boleh menggunakan perisian ROG Armoury untuk menyelaraskan efek pencahayaan selari dengan tetikus ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ASUS Hadir Dengan Tetikus Baru – ASUS ROG STRIX Impact Untuk Permainan MOBA"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info