Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Mate 9 Edisi Terhad Berwarna Hitam Ditawarkan Di Malaysia

Huawei P10 dilancarkan di MWC hujung minggu lalu dan bakal menemui pengguna di Malaysia pada 8 Mac hadapan. Tetapi mereka yang memerlukan peranti yang lebih besar tetapi dengan spesifikasi setanding. Huawei Mate 9 telahpun ditawarkan sejak 22 November lalu. Dua warna ditawarkan iaitu cokelat dan emas.

Huawei Malaysia mengumumkan jualan Huawei Mate 9 edisi terhad berwarna hitam untuk pasaran tempatan pada 3 Mac ini. Harga jualan masih lagi RM 2699. Pembelian boleh dilakukan menerusi kesemua bilik pameran Huawei ataupun menerusi Lazada dan Maxi Zerolution.

Huawei Mate 9 hadir dengan skrin 5.9″ HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 960, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang berteknologi Leica – gabungan 20-Megapixel monokrom dan 12-megapixel RGB manakala kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Bateri sebesar 4000mAh membekalkan sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mate 9 Edisi Terhad Berwarna Hitam Ditawarkan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info