Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Akan Menamatkan Sokongan Untuk Aplikasi Spaces Pada April 2017

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan sebuah aplikasi eksperimental yang memfokuskan perkongsian dalam kumpulan, dinamakan sebagai Spaces. Kini, kurang setahun sejak ia diperkenalkan, Google mengumumkan yang mana mereka bakal menamatkan sokongan untuknya.

Google Spaces sebelum ini membolehkan para pengguna untuk berkongsi sesuatu perkara, termasuk pautan terus melaluinya. Ia juga mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan Google terus bagi memudahkan pencarian – sebagai contoh, video dari YouTube dan sebagainya.

Kini, Google mengatakan ia akan ditamatkan dalam beberapa minggu lagi. Pengguna boleh mengakses kepada kandungannya dalam mod “baca sahaja”, sebelum semua ditamatkan sepenuhnya pada 17 April 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Akan Menamatkan Sokongan Untuk Aplikasi Spaces Pada April 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info