Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Bakal Memperkenalkan iPad Baru, iPhone 7 Merah Dan iPhone SE 128GB Pada Bulan Mac

Apple sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan bakal memperkenalkan beberapa model iPad pada bulan Mac. Kini, selari dengannya, Mac Otakara mengatakan Apple akan bukan sahaja memperkenalkan iPad Pro dan iPad baru pada bulan Mac, tetapi juga beberapa peranti lain.

Mengikut laporan sebelum ini, Apple dijangka memperkenalkan iPad pada saiz 9.7-inci, 10.5-inci dan 12.9-inci pada bulan Mac ini. Selain daripada itu, iPad Pro 7.9-inci juga dijangka akan diperkenalkan pada acara berkenaan dengan sokongan Smart Connecter untuk memudahkan penaipan dilakukan menggunakannya.

Selain daripada iPad, pihak Apple turut dijangka memperkenalkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dalam pilihan warna merah – memberikan pilihan kepada pengguna selain beberapa warna sedia ada.

Disamping itu, laporan sama turut mengatakan Apple mungkin memberikan kemaskini kepada iPhone SE dengan penawaran model 128GB.

Seperti biasa, ini hanya sekadar laporan awal sahaja, dan mungkin beberapa daripadanya tidak dilancarkan – ataupun juga sebaliknya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dilancarkan oleh Apple untuk para peminat dan pencinta teknologi pada bulan Mac kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Bakal Memperkenalkan iPad Baru, iPhone 7 Merah Dan iPhone SE 128GB Pada Bulan Mac"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info