Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AMD Mungkin Bakal Hadir Dengan APU Berasaskan Kepada Cipset Zen

Sebelum pengumuman CPU terbaru Ryzen mereka, AMD dikenali kerana siri kad grafik Radeon, dan juga APU (Accelerated Processing Unit) mereka – yang mana menggabungkan prestasi komputasi dan grafik semua dalam satu cip yang sama.

Terbaru, salah seorang pekerja AMD dilihat mengesahkan melalui sebuah perkongsian di Reddit, mengatakan bahawa syarikat tersebut bakal mengumumkan SoC (System on A Chip) APU berdasarkan cipset Zen yang terbaru ini tidak lama lagi.

Pengguna Reddit tersebut juga memberi jangkaan masa untuk tarikh pelancaran produk tersebut, dan ianya berkemungkinan besar akan diumumkan selepas pertengahan tahun 2017 ini.

Jika info tertiris ini adalah tepat, ada kemungkinan besar kita dapat melihat komputer riba yang dikuasakan oleh cipset AMD Zen dengan teknologi pemprosesan grafik Polaris ataupun Vega tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AMD Mungkin Bakal Hadir Dengan APU Berasaskan Kepada Cipset Zen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info