Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Promosi HTC Ocean Tertiris Memaparkan Sistem Kawalan Sisi Kapasitif Sepenuhnya

Peranti HTC Ocean kali pertama tertiris pada September tahun lalu. Pada awalnya ia dikatakan hanya sebuah peranti konsep yang dihasilkan untuk menguji sistem kawalan kapasiti sepenuhnya pada bahagian sisi peranti. Sebuah video baru tertiris dan sekali lagi menunjukkan bagaimana sistem kawalan unik ini berfungsi.

Seperti biasa sumber video ini ialah @evleaks yang memang terkenal dengan kemampuan beliau mendapatkan maklumat sebelum kemunculan peranti rasmi. Apa yang menarik mengenai HTC Ocean ialah ia tidak mempunyai sebarang butang fizikal. Apabila bahagian sisi disentuh pintasan untuk aplikasi kegemaran akan muncul. Tatalan dan pilihan aplikasi dilakukan dengan menggerakkan jari pada sisi peranti. Sistem kawalan ini boleh digunakan pada sisi kanan dan juga kiri.

Pada bahagian hadapan pula kelihatan seperti sistem imbasan cap jari terbina pada skrin. Besar kemuning sistem imbasan jari ultrasonik Synaptics digunakan. HTC Ocean dijangka akan dilancarkan secara rasmi di MWC bulan Februari hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Video Promosi HTC Ocean Tertiris Memaparkan Sistem Kawalan Sisi Kapasitif Sepenuhnya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info