Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Kini Memberikan Notifikasi Sekiranya Ia Mengesan Akaun Palsu Dibuka Menggunakan Gambar Anda

Media sosial sepatutnya merapatkan silaturahim di antara rakan taulan serta saudara mara yang duduk berjauhan. Ia juga platform popular untuk mencari pasangan hidup.  Malang sekali media sosial dipenuhi akaun palsu yang menggunakan gambar individu lain atas tujuan menipu. Bagi memerangi masalah ini, Facebook mula memberikan notifikasi sekiranya ia mengesan akaun palsu yang menggunakan gambar pengguna sedia ada.


Notifikasi di atas diterima oleh JFK Johan, bekas DJ Radio popular yang kini bertugas sebagai juruterbang. Beliau menerima notifikasi kewujudan akaun palsu  yang menggunakan gambar beliau. Sebagai mangsa gambar dicuri dan digunakan untuk membuka akaun palsu, ini ialah fungsi yang tidak pernah kami lihat sebelum ini. Sebelum ini pengguna perlu melaporkan sendiri akaun-akaun palsu kepada Facebook.

Dengan adanya fungsi automatik ini, kami berharap masalah seperti kes wajah wanita yang telah meninggal dunia digunakan untuk akaun palsu mempertahan pemimpin politik tahun lalu akan dapat dihapuskan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Kini Memberikan Notifikasi Sekiranya Ia Mengesan Akaun Palsu Dibuka Menggunakan Gambar Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info