Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Trailer Terbaru Horizon Zero Dawn Menunjukkan Jalan Cerita Dan Kemampuan Grafik

Horizon Zero Dawn akan mula dijual 28 Februari ini. Kali pertama kami melihat permainan ini ialah ketika di E3 2016 dan hanya dalam bentuk trailer yang tidak boleh dimainkan. Sejak acara tersebut tidak banyak maklumat diketahui mengenai permainan yang dibangunkan oleh Guerrilla Games ini. Trailer terbaru yang dilancarkan pagi ini akhirnya memberikan maklumat mengenai jalan cerita dan kemampuan grafiknya.

Kini diketahui Aloy, watak utama HZD ingin menyelamatkan dunia dari dilanda musibah. Robot organik yang wujud selepas kehancuran tamadun manusia digunakan oleh antagonis untuk menakluk dunia. Kemampuan grafik menunjukkan peningkatan berbanding beberapa trailer sebelum ini. Animasi wajah kelihatan realistik dan ini mungkin sebab mengapa enjin grafik DECIMA yang digunakan HZD turut digunakan untuk Death Stranding. Sebelum ini kami kurang berminat dengan HZD tetapi trailer ini membuatkan kami ingin membelinya kelak. Anda pula bagaimana?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Trailer Terbaru Horizon Zero Dawn Menunjukkan Jalan Cerita Dan Kemampuan Grafik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info