Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telegram Dijangka Bakal Menambah Sokongan Panggilan Audio

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan alternatif untuk WhatsApp, dan sering hadir dengan sejumlah fungsi baru yang menarik dan inovatif – lebih pantas daripada WhatsApp. Namun, salah satu ciri yang masih tidak terdapat pada Telegram adalah sokongan panggilan suara.

Terkini, menjawab pertanyaan pengguna di Twitter, CEO Telegram memberikan petanda mereka bakal turut menambah fungsi panggilan audio tidak lama lagi. Disamping fungsi panggilan, mereka juga dilihat akan memperkenalkan sokongan tema – salah satu perkara yang telah ditawarkan untuk pengguna Telegram Desktop.

WhatsApp dan Facebook Messenger sedia menambah fungsi panggilan audio pada perkhidmatan mereka, dan begitu juga sejumlah aplikasi yang lain. Penambahan fungsi panggilan audio pada perkhidmatan Telegram semestinya diminati ramai pengguna – apatah lagi ramai yang menggunakan Telegram sebagai aplikasi permesejan utama mereka.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah pihak Telegram akan menambahnya. Mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan pada 2017 ini.

Bagi anda, adakah anda akan menggunakan fungsi panggilan video melalui perkhidmatan permesejan atau lebih selesa menggunakan fungsi telefoni biasa?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telegram Dijangka Bakal Menambah Sokongan Panggilan Audio"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info