Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selfly – Kerangka Peranti Dengan Dron Selfie Terbina

Dua tahun yang lalu kegilaan selfie bermula. Ramai yang menjangka seperti planking dan DSLR, minat ke atas selfie akan berkurangan dengan pantas. Tetapi seperti yang kita lihat sekarang kegilaan terhadap selfie semakin meningkat dengan peranti dengan kamera hadapan yang bersensor besar semakin banyak dihasilkan. Selfly ialah kerangka peranti dengan dron selfie terbina.

Dron mini ini tersimpan rapi di belakang kerangka peranti apabila tidak digunakan. Apabila diperlukan ia akan melipat keluar dan terbang untuk menangkap gambar pemilik. Penstriman video dan gambar dapat dilihat terus menerusi peranti yang ditambat secara Bluetooth. Ia mampu merakam video pada tetapan 1080P 30FPS. Selfly direka untuk peranti popular keluaran Apple, HTC, Samsung dan Huawei.

Kerangka ini masih lagi di dalam fasa prototaip tetapi akan memulakan pengumpulan dana menerusi Kickstarter. Harga jualan kelak ialah sekitar $99 (~RM 440)sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selfly – Kerangka Peranti Dengan Dron Selfie Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info