Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mungkin Memperkenalkan Samsung Galaxy Tab S3 Di MWC 2017

Samsung Galaxy S8 tidak akan dilancarkan di MWC tahun ini dan mungkin akan hanya dilakukan pada penghujung Mac. Ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai peranti yang akan dilancarkan di acara tahunan ini. Laman Samsung hari ini mengesahkan mereka akan mengadakan acara khas pada 26 Februari. Dari imej prebiu yang diberikan besar kemungkinan Samsung Galaxy Tab S3 akan akhirnya dilancarkan.

Sekiranya ada ingat, Galaxy Tab S3 diumumkan di laman Samsung Jerman tahun lalu. Ramai berpendapat ia akan dilancarkan di IFA tetapi ini tidak berlaku. Ura-ura mengatakan tablet ini akan dilengkapi skrin 9.6″ dengan resolusi 2048 x 1535, RAM sebesar 4 Gigabyte, storan 32 Gigabyte, kamera utama 13-Megapixel dan kamera selfie 5-Megapixel. Ini ialah kemas kini tablet utama mereka yang pertama sejak 2015.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mungkin Memperkenalkan Samsung Galaxy Tab S3 Di MWC 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info