Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperkenalkan Galaxy A 2017 Dengan Sokongan Kalis Air, Dan Kamera Lebih Baik

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan keluarga telefon pintar terbaru dibawah Galaxy A (2017), meliputi tiga model, iaitu A3 dengan skrin bersaiz 4.7-inci, A5 dengan skrin bersaiz 5.2-inci dan A7 dengan skrin bersaiz 5.7-inci.

Galaxy A 2017 kini hadir dengan rekaan premium berasaskan bingkai logam, dan penggunaan kaca 3D pada bahagian belakang. Setiap keluarga peranti hadir dalam empat pilihan warna, iaitu hitam, emas, biru dan juga peach.

Buat pertama kali juga, pihak Samsung menyertakan sokongan kalis air pada peranti Galaxy A 2017, membolehkan pengguna menggunakannya ketika hujan renyai, dan beberapa aktiviti lain tanpa risau peranti akan rosak.

Galaxy A7 2017

Dari segi spesifikasi, Galaxy A7 2017 hadir dengan skrin 5.7-inci Super AMOLED, dijana dengan cip lapan-teras 1.9GHz, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia menggunakan kamera hadapan dan belakang 16-megapixel, selain turut menyertakan sokongan Samsung Pay melaluinya. Melengkapkan peranti ini adalah bateri 3600mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Samsung Galaxy A5 2017

Galaxy A5 2017 pula hadir dengan skrin 5.2-inci Super AMOLED, dan ciri-ciri lain seperti Galaxy A7 2017. Peranti ini dengan saiz sedikit kecil, ia hanya dilengkapi bateri 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Dan akhir sekali, Galayx A3 2017 pula hadir dengan skrin 4.7-inci Super AMOLED, cip lapan teras 1.6GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini menyertakan bateri berkapasiti 2350mAh.

Samsung Galaxy A3 2017

Galaxy A 2017 ini akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya dalam masa tiga hari lagi, iaitu pada 5 Januari 2017.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Galaxy A 2017 Dengan Sokongan Kalis Air, Dan Kamera Lebih Baik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info