Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG G6 Hanya Diperkasakan Pemproses Snapdragon 821 Kerana Snapdragon 835 Diborong Samsung

Rekaan LG G6 tertiris pagi ini dan akan menjadi peranti utama bagi LG sepanjang 2017. Pada awalnya ura-ura mengatakan G6 akan diperkasakan pemproses Snapdragon 835 yang merupakan peranti terbaru dan paling berkuasa di pasaran. Menurut laporan Forbes, LG perlu berpuasa hati dengan penggunaan Snapdragon 821 sahaja.

Qualcomm Snapdragon 835Ini adalah kerana kesemua pemproses Snapdragon 835 yang dihasilkan diborong oleh Samsung untuk Galaxy S8. Tiada stok berlebihan untuk digunakan oleh peranti bukan keluaran Samsung. Laporan ini tidak mengejutkan kerana cip lapan teras ini dihasilkan oleh Qualcomm dengan kerjasama Samsung. Apa yang diketahui setakat ini Snapdragon 835 adalah 20% lebih berkuasa berbanding Snapdragon 821 dan menyokong sistem pengecasan pantas QuickCharge 4.0.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG G6 Hanya Diperkasakan Pemproses Snapdragon 821 Kerana Snapdragon 835 Diborong Samsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info