Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Malaysia Mengkaji Penggunaan Dron Untuk Penanaman Padi

Pagi tadi kami laporkan berita mengenai Project SkyBender yang dibatalkan oleh Google X. Dron internet ini dianggap terlalu mahal jika dibandingkan dengan projek lain di bawah kelolaan mereka. Di Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi ini dalam industri penanaman padi.

Dron akan digunakan untuk menabur benih, membaja, memantau kawasan bendang dan menyembur racun.  Kajian dilakukan untuk menguji kaedah penggunaan yang betul mengkaji dan kos supaya tidak membebankan golongan petani. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  mendapat idea menggunakan dron selepas melakukan lawatan di China. Penggunaan dron menjimatkan penggunaan buruh dan lebih pantas berbanding menggunakan jentera sedia ada.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Malaysia Mengkaji Penggunaan Dron Untuk Penanaman Padi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info