Foxconn Technology Group, salah satu pembekal utama untuk Apple, kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membangunkan fasiliti pengeluaran panel paparan di Amerika Syarikat, dan akan memperlihatkan pelaburan sekitar $7 bilion.
Foxconn mungkin bekerjasama dengan Sharp Corp, salah satu pengeluar panel paparan terkemuka dari Jepun yang telah diambil-alih oleh mereka pada tahun lepas. Buat masa ini, perancangan masih pada peringkat awal, tetapi sekiranya direalisasikan, maka fasiliti bersaiz $7 bilion berkenaan bakal menghasilkan sehingga 50,000 pekerjaan. Secara tidak langsung, Foxconn akan membawa pengeluaran dan pembuatan lebih dekat kepada Apple – yang mana mungkin mempermudahkan beberapa perkara.
Apple dikatakan mungkin membuat pelaburan sama pada kilang baru berkenaan.
Sekiranya benar Foxconn membuka fasiliti baru di Amerika Syarikat, maka ia mungkin akan turut mendapat perhatian daripada pihak kerajaan China. Di China, Foxconn merupakan antara syarikat dengan bilangan pekerja yang ramai – iaitu sekitar sejuta orang pekerja.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Foxconn Mempertimbangkan Untuk Membuka Kilang Untuk Panel Paparan Di Amerika Syarikat"