Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Dilaporkan Ingin Memperkenalkan Iklan Pada Pertengahan Video

Pada laman Facebook hari ini, boleh dikatakan video telah menjadi salah satu jenis kandungan yang popular dan dikongsikan secara meluas. Dengan populariti penggunaan video, pihak Facebook dilihat ingin menjana lebih pendapatan melaluinya.

Terkini, melalui sumber-sumber di industri, Facebook diperkatakan sedang dalam fasa untuk mencuba format iklan pada pertengahan sesuatu video. Facebook dijangka membuka peluang kepada penerbit kandungan untuk menyertakan iklan berkenaan pada pertengahan video, dan membolehkan penerbit kandungan turut menjana wang melaluinya.

Facebook dijangka menawarkan sehingga 55% pendapatan yang dijana kepada penerbit kandungan – salah satu potongan pendapatan yang turut ditawarkan oleh Google melalui YouTube kepada penerbit kandungan di platform berkenaan.

Buat masa ini, Facebook menawarkan kemudahan untuk mengiklankan video sepenuhnya, dan bukannya dalam format iklan dalam video penerbit kandungan laon. Ia dikatakan Facebook akan menawarkan kebolehan mengiklankan pada video sekurang-kurngnya selepas 20 saat sesuatu video tersebut dimainkan. Video yang ingin menyertakan iklan ini juga dikatakan perlu sekurang-kurangnya 90 saat panjangnya.

Buat masa ini, pihak Facebook masih belum berkongsi secara rasmi penawaran mereka untuk pengiklanan dalam video, selain potongan pendapatan bersama penerbit kandungan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Dilaporkan Ingin Memperkenalkan Iklan Pada Pertengahan Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info