Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Zikir Reminder Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Apple Watch

Terdapat beberapa aplikasi berbentuk keagamaan untuk telefon pintar, tetapi penawaran sama untuk jam tangan pintar boleh dikatakan masih terhad. Paling terkini, salah seorang pembangun tempatan telah hadir dengan aplikasi baru khusus untuk Apple Watch, dinamakan sebagai Zikir Reminder.

Zikir ReminderMelalui Zikir Reminder, seperti pada namanya, ia mengingatkan kita untuk senantiasa berzikir pada bila-bila masa, dimana jua berada. Secara tidak langsung, ia juga mengingatkan kita untuk mengelak membuat kesilapan dengan mengingatkan kita kepada pencipta.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mengaktifkannya dan menetapkan sela masa untuk peringatan. Sebaik sahaja tetapan dilakukan, aplikasi Zikir Reminder ini akan mengingatkan pengguna dengan memaparkan zikir ringkas pada skrin Apple Watch pengguna.

Aplikasi yang ditawarkan untuk Apple Watch ini perlu dipasang melalui iPhone – lebih kurang seperti kebanyakkan aplikasi Apple Watch yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Apple Watch, boleh memuat-turun aplikasi ini pada harga RM3.90 daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Zikir Reminder untuk Apple Watch



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Zikir Reminder Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Apple Watch"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info