Sembang Maniac

Sembang-sembang je

REV Asia Membeli Portal SirapLimau, MyResipi Dan KongsiResipi Pada Harga RM2.65 Juta

RevAsiaREV Asia merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada kandungan digital. Mereka sedia mempunyai beberapa portal dibawah mereka, termasuk antaranya adalah SAYS dan juga OhBulan. Terkini, mereka terus menambah portfolio dibawah mereka dengan mengambil-alih tiga lagi laman portal melayu, iaitu SirapLimau, MyResipi dan juga KongsiResipi.

Pengambil-alihan ini terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena kandungan digital – terutamanya berbahasa Malaysia. Ketiga-tiga portal berkenaan boleh dikatakan antara yang mempunyai bilangan pengunjung tinggi di Malaysia.

Selain bilangan pengunjung yang tinggi, Rev Asia mengatakan penambahan ini turut membolehkan mereka mengukuhkan penawaran kandungan dalam arena kehidupan dan makanan.

Pengambil-alihan ini juga bakal membolehkan REV Asia terus menambah pendapatan melalui penjualan iklan dan kandungan yang ditaja pada platform-platform mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "REV Asia Membeli Portal SirapLimau, MyResipi Dan KongsiResipi Pada Harga RM2.65 Juta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info