Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PewDiePie Akan Memadam Akaun Sekiranya Menerima 50 Juta Pengikut Di YouTube

Selebriti YouTube terkemuka PewDiePie (Felix Kjellberg) mengumumkan beliau akan memadam akaun beliau sekiranya menerima 50 Juta pengikut di YouTube. Keputusan mengejut dari pemegang jumlah pengikut tertinggi di YouTube ini adalah sebagai tanda protes  ke atas “ketidakadilan YouTube” sejak kebelakangan ini.

Menurut PewDiePie beliau menyedari jumlah tontonan video beliau berkurangan sejak kebelakangan ini. Pada waktu yang sama jumlah pengikut juga mengalami masalah ya sama. Beliau mendakwa sistem paparan muka hadapan baru YouTube yang tidak lagi menunjukkan saluran yang dilanggan pengguna menjadi sebab kepada pengurangan jumlah tontonan.

Beliau bukan satu-satunya YouTuber yang mengalami masalah yang sama. Menurut PewDiePie lagi beliau turut mendapati langganan beliau kepada saluran rakan YouTube terhenti secara tiba-tiba walaupun tidak dilakukan oleh beliau. Pihak YouTube telah menghubungi PewDiePie untuk menyelesaikan masalah ini. Sekiranya beliau bersara dari YouTube, ia akan membawakan kesan negatif kepada mereka. Buat masa ini akaun PewDiePei mempunyai hampir 49.7 Juta pengikut. Sekiranya beliau berhenti sekalipun beliau telahpun menjadi seorang jutawan dan boleh bersara dengan aman.

Artikel Berkaitan – Senarai 10 Selebriti YouTube Terkaya Di Dunia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "PewDiePie Akan Memadam Akaun Sekiranya Menerima 50 Juta Pengikut Di YouTube"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info