Nexus 6P ialah peranti Nexus terakhir yang dihasilkan oleh Google. Ia menerima banyak reaksi positif dari pengguna keran rekaan yang menarik. Kemas kini ke Android Nougat 7 mula diterima pada Ogos lalu dan pengguna mula melaporkan masalah peranti mati secara tiba-tiba walaupun bateri masih bercaj.
Ada yang melaporkan peranti mati tiba-tiba walaupun bateri masih mempunyai 60% caj tersimpan. Mengembalikan peranti ke Android Marshmallow gagal menyelesaikan masalah bateri ini. Pihak Google dan Huawei akhirnya menyiasat punca masalah ini. Berita kurang baik disini ialah ia dikategorikan sebagai masalah berkepentingan rendah. Memandangkan masalah sudah berlarutan sejak Ogos, tidak diketahui bilakah penyelesaian akan diberikan.
Berita baik pula ialah masalah setakat ini hanya dilaporkan oleh pengguna di negara beriklim sejuk. Sekiranya anda memiliki Nexus 6P di Malaysia, adakah anda menghadapi masalah ini? Tinggalkan jawapan di ruangan komen di bawah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Masalah Nexus 6P Mati Dengan Sendiri Mula Disiasat Google Dan Huawei"