Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Hadir Dengan Speaker Untuk Dipakai Di Leher

LG sebelum ini telah memperlihatkan sebuah speaker yang terapung di udara, dan hari ini, bersempena dengan CES 2017, LG turut memperlihatkan sebuah lagi speaker khusus yang mana direka untuk dipakai di leher.

Dinamakan sebagai LG Tone Studio, ia hadir dengan empat pembesar suara – dua diatas, dan dua lagi dibawah. LG mengatakan speaker yang dipakai di leher ini menawarkan sokongan audio yang baik ketika menonton video, memainkan permainan, atau mendengar lagu.

LG TONE Studio

Pengguna juga boleh menghubungkan dua LG TONE Studio bersama, dan berkongsi ia bersama pengguna lain ketika sedang menonton video dan sebagainya.

Melengkapkan LG TONE Studio ini juga adalah sokongan Hi-Fi DAC dalam menawarkan kualiti audio dan bunyi yang sangat baik.

Selain daripada LG TONE Studio, pihak LG juga turut memperkenalkan LG TONE Free, iaitu fon telinga tanpa wayar yang boleh digunakan bukan sahaja untuk mendengar lagu dan sebagainya, tetapi juga untuk menjawab panggilan telefon serta lain-lain.

LG TONE Studio



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Hadir Dengan Speaker Untuk Dipakai Di Leher"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info