Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerangka iPhone Dengan Bateri Tambahan Edisi Khas Dihasilkan

Hari AIDS sedunia disambut setiap 1 Disember sejak 1988. Sempena menyambut hari ini, Apple menghasilkan kerangka Smart Battery Case untuk iPhone 7 edisi (PRODUCT) RED berwarna merah.  Sebelum ini kerangka berbateri ini hanya ditawarkan dalam warna hitam dan putih.

apple-smart-battery-case-red-1Ia dijual pada harga $99 (~RM 443) sebuah dan sebahagian hasil jualan akan didermakan kepada badan AIDS The Global Fund. Badan ini membantu pesakit HIV/AIDS di Ghana, Lesotho, Rwanda, South Africa, Swaziland, Tanzania, Kenya dan Zambia. Bateri sebesar 2365 mAh digunakan dan ini boleh menambah hayat penggunaan iPhone 7 sebanyak 22 Jam apabila menggunakan rangkaian LTE. Buat masa ini Smart Battery Case (PRODUCT)RED masih belum ditawarkan di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerangka iPhone Dengan Bateri Tambahan Edisi Khas Dihasilkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info