Microsoft tidak akan melancarkan peranti menggunakan sistem operasi Windows 10 Mobile tahun ini kerana ingin menumpukan perhatian kepada penghasilan komputer riba dan desktop. Dengan Surface Studio dan Dial, kita dapat melihat keseriusan mereka. Harus diakui Surface Studio ialah AIO dengan rekaan yang amat berinovasi dan menarik perhatian. Surface Phone dijangka dilancarkan tahun hadapan dan hari ini rekaannya tertiris.
Seperti biasa sumber ketirisan adalah dari @evleaks yang boleh dipercayai. Menurut beliau lagi Surface Phone akan diperkasakan dengan pemproses Intel setaraf dengan sebuah komputer riba. Dengan kata lain Surface Phone akan menjadi peranti pintar berkuasa yang akan merealisasikan idea Continuum yang sedikit bermasalah. Apa pula pendapat anda mengenai rekaan yang tertiris ini?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Ini Mungkin Rekaan Microsoft Surface Phone"