2017 akan menyaksikan ulang-tahun ke-10 sejak iPhone pertama diperkenalkan, dan semestinya ramai yang menantikan sesuatu kejutan menarik daripada Apple. Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Apple akan hadir dengan tiga variasi telefon pintar, dan kini desas-desus baru turut memperkatakan perkara sama.
Ia dikatakan Apple akan hadir dengan satu model iPhone bersaiz 4.7-inci, dan dua model bersaiz 5.5-inci. Kedua-dua model iPhone 5.5-inci ini akan mengintegrasikan dwi-kamera belakang, dan yang membezakan adalah panel skrin yang digunakan.
Salah satunya dikatakan akan menggunakan OLED, sementara satu lagi akan hanya menawarkan panel LCD seperti saiz 4.7-inci. Seperti biasa, model dengan panel OLED ini dijangka akan lebih mahal berbanding model lain. Laporan baru ini juga agak berbeza dengan desas-desus sebelumnya mengatakan hanya model 5.5-inci akan menggunakan panel OLED, sementara dua lagi adalah bersaiz 4.7-inci dan 5.0-inci yang menggunakan panel LCD.
Sama ada benar Apple akan memperkenalkan dua variasi peranti 5.5-inci ini hanya akan terjawab secara rasminya sekitar September 2017 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple Dijangka Memperkenalkan Dua Telefon Bersaiz 5.5-inci Pada 2017"