Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sharp Mengumumkan Sharp Z2 – Telefon Pintar Dengan Pemproses 10-Teras

Jenama Sharp mungkin lebih dikenali dengan penawaran paparan skrin mereka akan tetapi syarikat dari Jepun ini membawa penawaran produk yang lebih dari itu. Pada hari ini mereka telah mengumumkan Sharp Z2 yang mempunyai cip pemprosesan 10-teras untuk pasaran tempatan.

Sharp Z2 dikuasakan menggunakan cip pemprosesan 10-teras berkelajuan 2.3GHz MediaTek Helio X20 dan dengan 10-teras, ia berupaya melakukan pelbagai perkara pada satu ketika. Kapasiti RAM yang terdapat pada peranti ini pula ialah 4GB, sekaligus berupaya membantu pemprosesan yang berat. Dari segi storan, ia mempunyai kapasiti sebesar 32GB dan boleh ditambah menggunakan kad SD Mikro.

sharp-z2-img_9753 sharp-z2-img_9755 sharp-z2-img_9754

Dari segi fizikal, paparan skrin peranti ini bersaiz 5.5-inci 1080p dan mempunyai kamera 8MP f/1.8 dibahagian hadapan. Kamera utamanya pula mempunyai sensor 16MP PDAF. Sharp Z2 juga mempunyai badan besi dan kemasannya membuatkan ia tampak premium. Badannya pula kelihatan sedikit melengkung, namun tidak begitu ketara.

Antara fungsi lain yang terdapat pada Sharp Z2 termasuklah pengimbas cap jari yang mempunyai pelbagai fungsi, antaranya bagi menyahkunci peranti dan bagi merakam gambar. Kapasiti bateri peranti ini pula sebesar 3,000 mAh dan boleh menyokong penggunaan dwi-SIM.

Telefon yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow ini boleh diperoleh di pengedar-pengedar utama dan dijual pada harga RM 1,199.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sharp Mengumumkan Sharp Z2 – Telefon Pintar Dengan Pemproses 10-Teras"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info