Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 3T Diumumkan Dengan Snapdragon 821, Dan Kamera Hadapan 16-megapixel

OnePlus sering hadir dengan kaedah pemasaran tersendiri untuk produk mereka, membuatkan ramai peminat gajet ternanti-nanti. Hari ini, mereka telah mengumumkan peranti terbaru mereka dan juga kemaskini kepada OnePlus 3 sebelum ini, iaitu OnePlus 3T.

OnePlus 3T

OnePlus 3T hadir dengan skrin 5.5-inci pada paparan HD penuh, dilengkapi memori 6GB RAM, ruangan storan gdalam pilihan 64GB dan 128GB, serta dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm terbaru, iaitu Snapdragon 821.

Disamping itu, OnePlus 3T juga turut menyertakan kamera hadapan dan belakang 16-megapixel, selain dilengkapi bateri berkapasiti 3400mAh – peningkatan berbanding 3000mAh pada OnePlus 3 sebelum ini.

Dari segi rekaan dan penawaran lain, ia adalah lebih kurang sama seperti OnePlus 3 sebelum ini. Dengan perubahan kecil ini, adakah anda akan mendapatkan OnePlus 3T, atau akan mendapatkan OnePlus 3?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 3T Diumumkan Dengan Snapdragon 821, Dan Kamera Hadapan 16-megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info