Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memperkenalkan Pesaing Slack, Microsoft Teams – Memudahkan Kolaborasi Dalam Perusahaan

Microsoft hari ini akhirnya telah memperkenalkan pesaing Slack mereka, dinamakan sebagai Microsoft Teams. Microsoft menawarkannya sebahagian daripada langganan Office 365, dan turut mengintegrasikan pelbagai penawaran sedia ada seperti Office, Skype dan sebagainya dalam Microsoft Teams.

Microsoft Teams

Melalui Microsoft Teams, ia menawarkan antaramuka seumpama aplikasi permesejan – dimana pengguna boleh membahagikan penggunaan mengikut pasukan atau projek yang sedang dibangunkan. Menariknya, pengguna turut boleh memilih untuk berkongsi dokumen, membuat panggilan melalui Skype, berkongsi fail dan melakukan pelbagai perkara lain melaluinya. Ini sekaligus memudahkan lagi proses kolaborasi, kerjasama dan juga komunikasi dalam perusahaan.

Microsoft juga kini turut membuka ruangan untuk para pembangun lain untuk membangunkan aplikasi atau mengintegrasikan perkhidmatan mereka terus ke Microsoft Teams.

Bagi para pelanggan Office 365, anda boleh mencuba perkhidmatan ini bermula daripada hari ini. Ia masih dilabelkan sebagai percubaan buat masa ini, dan versi akhirnya dijangka dilancarkan pada awal 2017 kelak.

Layari – Microsoft Teams



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memperkenalkan Pesaing Slack, Microsoft Teams – Memudahkan Kolaborasi Dalam Perusahaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info