Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Melancarkan eKelas – Menggunakan Teknologi Untuk Menaik-Taraf Prestasi Akademik Pelajar

Maxis hari ini telah melancarkan program terbaru mereka dalam menggunakan teknologi untuk menaik-taraf prestasi akademik para pelajar, terutamanya di kawasan luar bandar – dinamakan sebagai Maxis eKelas. Program ini memfokuskan pengajaran tiga subjek utama, iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3.

Maxis eKelas

Maxis mengatakan ini adalah salah satu usaha dibawah tanggungjawab korporat, dan telah membuat percubaan dan ujian program ini sejak setahun yang lepas. Malah, sebelum ini, kami di Amanz sendiri pernah membantu dalam program Maxis eKelas ini dan mengendalikan satu slot khusus untuk mengajar pelajar menggunakan aplikasi dalam menerbitkan kandungan bervideo.

Melalui Maxis eKelas, pihak Maxis menggunakan Pusat Internet 1Malaysia untuk membolehkan para pelajar hadir dan berinteraksi bersama guru. Pelajar akan menghadirkan diri pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, serta berpeluang berinteraksi bersama para guru dari seluruh negara.

Maxis eKelas

Maxis eKelas

Maxis eKelas

Pada peringkat ujian rintis, Maxis mengujinya di lebih kurang 10 Pusat Internet 1Malaysia di Kedah, Kelantan, Selangor, Putrajaya, Sarawak dan Negeri Sembilan. Ini melibatkan lebih kurang 1,200 pelajar serta masa pengajaran serta pembelajaran selama 450 jam.

Maklumbalas awal daripada para pelajar, ibu bapa dan guru mengenai program ini adalah sangat baik. Malah pihak Maxis sendiri dilihat mendapatkan pelbagai pandangan daripada guru dalam menjayakan program ini.

Bergerak ke 2017, Maxis merancang membawa program Maxis eKelas ini ke lebih banyak Pusat Internet 1Malaysia, dan menyasarkan untuk mencapai 100,000 pelajar menjelang 5 tahun lagi.

Maxis eKelas

Maxis juga merancang untuk memperkenalkan portal khusus bagi membolehkan para pelajar untuk pergi ke Pusat Internet 1Malaysia, dan mengikuti pelbagai topik-topik yang telah diajar. Pada hari ini, pengajaran dilakukan secara langsung – dan dengan penawaran kandungan melalui portal berkenaan kelak, ia akan membolehkan para pelajar untuk turut mengikutinya sekiranya tidak dapat menghadiri sesuatu kelas berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Melancarkan eKelas – Menggunakan Teknologi Untuk Menaik-Taraf Prestasi Akademik Pelajar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info