Facebook sedia digunakan oleh pelbagai jenama dalam berkomunikasi dengan pelanggan, dan mungkin kadang-kala ia agak menyusahkan kerana terdapat beberapa platform berbeza – iaitu Facebook, Messenger dan Instagram. Kini, dalam usaha memudahkannya, Facebook mengumumkan integrasi Inbox untuk ketiga-tiga platform berkenaan.
Dengan integrasi ini, ia memudahkan lagi para pemilik Facebook Pages, dimana membolehkan mereka berkomunikasi dengan hanya setempat – dan tidak lagi perlu membuka tiga aplikasi seperti sebelumnya. Disamping itu, ia juga akan memudahkan lagi proses pengurusan komen dengan hanya satu aplikasi mudah, iaitu Facebook Pages Manager.
Kemaskini baru untuk Pages Manager ini akan diperkenalkan untuk semua dalam beberapa minggu lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Pages Manager Mengintegrasikan Komunikasi Dari Facebook, Messenger Dan Instagram"