Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Webe Menawarkan Pelan Masa Terhad RM79 Untuk Semua – Tidak Perlukan Langganan TM Atau Peranti Khusus

Webe merupakan salah satu anak syarikat Telekom Malaysia, dimana mereka memfokuskan kepada perkhidmatan mudah-alih. Webe telah menawarkan perkhidmatan telekomunikasi mereka sejak beberapa bulan lepas, dan kini mereka dilihat hadir dengan sebuah promosi khusus dinamakan sebagai #webenow.

Webe RM79

Melaluinya, kini pelan Webe ditawarkan pada harga RM79 sebulan kepada semua – dimana anda tidak lagi memerlukan sebarang langganan akaun TM ataupun peranti khusus untuknya. Sebelum ini, pelan RM79 hanya ditawarkan sekiranya mempunyai langganan akaun TM seperti Unifi, dan jika menggunakan peranti yang menyokong rangkaian mereka.

Dengan penawaran baru ini, mungkin Webe ingin menarik lebih ramai pengguna melanggan perkhidmatan mereka – memandangkan tetapan seperti sokongan peranti yang terhad tidak begitu memudahkan langganan perkhidmatan mereka.

Dari segi penawaran pelan, Webe menawarkan pelan data dan panggilan tanpa had – tetapi pengguna terhad untuk menggunakannya hanya pada telefon pintar sahaja. Tiada sokongan tethering ditawarkan – dan pengguna perlu membuat pembayaran tambahan sekiranya ingin melanggannya.

Dari segi liputan pula, melalui percubaan kami, rangkaian 4G Webe adalah agak perlahan jikalau dibandingkan dengan sejumlah penyedia telekomunikasi tempatan lain. Walaubagaimanapun, rangkaian mereka menjadi pantas apabila beralih ke rangkaian 3G – memandangkan mereka menggunakan rangkaian Celcom untuknya.

Webe turut mengatakan pelanggan sedia ada akan turut menerima promosi ini. Namun, ia tidak dinyatakan sehingga bila bil pengguna akan berharga RM79 – ataupun selamanya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Webe Menawarkan Pelan Masa Terhad RM79 Untuk Semua – Tidak Perlukan Langganan TM Atau Peranti Khusus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info