Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerjasama Diantara Pelabur Budiman Serantau – ASEAN Angels Alliance Diumumkan

Rangkaian pelabur budiman (Angels) Malaysia iaitu Malaysia Business Angels Network (MBAN) telahpun bertapak di Malaysia untuk satu ketika. Persatuan ini giat menggalakkan sesiapa sahaja untuk menjadi pelabur budiman untuk startup yang memerlukan dana permulaan.

mban-asean-angels-alliance

Bergerak kehadapan, hari ini pada acara MBAN Summit 2016, mereka telah mengumumkan kerjasama diantara persatuan pelabur budiman yang aktif di kalangan negara ASEAN. Kerjasama ini bakal menguntungkan negara-negara yang terlibat, dimana mereka akan mengadakan aktiviti bersama.

Aktiviti seperti perkongsian info berkenaan peluang-peluang pelaburan yang ada dan juga menghubungkan startup yang ingin meluaskan pasaran ke negara serantau ini. Bagi startup yang ingin meluaskan pasaran ke negara ASEAN yang lain, mereka juga boleh mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat dari persatuan yang menyertai rangkaian ini.

Persatuan pelabur budiman yang menyertai rangkaian ASEAN Angels Alliance adalah

Dalam sasaran jangkamasa pendek, dengan kesatuan yang terhasil ini mereka berharap dapat merapatkan lagi jurang pelaburan diantara startup dan pelabur budiman bahkan bakal meluaskan potensi startup pada setiap negara untuk meneroka pasaran rantau ASEAN.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerjasama Diantara Pelabur Budiman Serantau – ASEAN Angels Alliance Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info