Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemproses Snapdragon 830 Akan Dihasilkan Secara Eksklusif Oleh Samsung Menggunakan Teknologi 10 nm

Pemproses paling berkuasa di pasaran sekarang ialah Apple A10X yang bakal digunakan pada tiga model terkini iPad Pro tahun hadapan. Jawapan daripada Qualcomm ialah pemproses Snapdragon 830. Media Korea Selatan melaporkan Samsung menandatangani kontrak dengan Qualcomm untuk menghasilkan pemproses ini secara eksekutif. Teknologi 10 nm akan digunakan bagi menghasilkan pemproses yang bukan sahaja berkuasa tetapi tidak menggunakan tenaga yang banyak.

Snapdragon 830 diramalkan akan digunakan pada peranti Galaxy S8 tahun hadapan untuk pasaran tertentu. Cip ini akan dihasilkan bersama dengan Exynos 8895 yang turut menggunakan teknologi 10 nm. Dengan kuasa memproses yang semakin meningkat apakah kemampuan pada peranti pintar yang paling anda mahu menjadi kenyataan? Kami mahukan sistem kecerdasan buatan seakan Jarvis pada peranti pintar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemproses Snapdragon 830 Akan Dihasilkan Secara Eksklusif Oleh Samsung Menggunakan Teknologi 10 nm"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info