Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kasut Nike MAG Dengan Sistem Mengikat Tali Dengan Sendiri Dilancarkan

Tiga perkara paling menarik dari filem trilogi Back to The Future ialah papan apung, kereta merentas masa DeLorean dan kasut Nike MAG. Hanya satu daripada tiga objek yang kami senaraikan tadi wujud. Ya kasut dengan sistem mengikat tali sendiri Nike MAG akhirnya menjadi realiti dengan pelancarannya semalam. Berita buruk bagi mereka yang ingin memilikinya ialah hanya 89 pasang akan dijual.

Pada tahun 2011 Nike MAG telahpun dijual dalam jumlah terhad 1500 unit. Tetapi versi 2011 ini tidak dilengkapi sistem mengikat tali automatik. Sistem mengikat tali dari Nike HyperAdapt 1.0 digunakan semula pada Nike MAG 2016. Pembelian hanya akan dibuka kepada penduduk Amerika Syarikat dan Kanada sahaja. Kepada sesiapa yang berminat mereka perlu membayar $10 sebelum nama dimasukkan ke dalam senarai pembeli. Cabutan bertuah kemudian akan dilakukan bagi menentukan pembeli bertuah. Kesemua keuntungan dari jualan Nike MAG 2016 akan didermakan ke Michael J Fox Foundation untuk mencari penawar kepada penyakit Parkinson.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kasut Nike MAG Dengan Sistem Mengikat Tali Dengan Sendiri Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info