Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemproses Snapdragon 653, 626 Dan 427 Diumumkan

MediaTek melancarkan Helio P15 mereka. Qualcomm, pesaing terhampir mereka di dalam arena penghasilan pemproses peranti pintar juga tidak mahu ketinggalan. Mereka mengumumkan tiga pemproses kategori pertengahan dan permulaan iaitu Snapdragon 653, 626 dan 427. Ketiga-tiga pemproses menyokong moden X9 LTE, sistem pengecasan pantas QuickCharge 3.0 dan sistem dwi-kamera Clear Sight yang selama ini hanya wujud pada pemproses berkemampuan tinggi Qualcomm.

qualcomm-snapdragon-600e

Kita mulakan dengan spesifikasi Snapdragon 653. Pemproses ini dilengkapi empat teras A73 dan empat teras A53 pada kelajuan maksimum 1.95 GHz. Cip grafik Adreno 510 disertakan dan kini menyokong RAM sehingga 8 Gigabyte berbanding 4 Gigabyte pada Snapdragon 650.

Snapdragin 626 pula ialah pemproses lapan teras A53 dengan kelajuan maksimum 2.2 GHz dan cip grafik Adreno 506. Akhir sekali ialah Snapdragon 427 dengan empat teras A53 pada kelajuan maksimum 1.4 GHz dan cip grafik Adreno 308.  Kedua-dua pemproses Sanpdragon 653 dan 626 akan dilancarkan pada penghujung tahun manakala Snapdragon 427 pada awal tahun 2017.

Apa yang kami rasakan menarik ialah sokongan sistem dwi kamera dan QuickCharge 3.0 untuk peranti kelas permulaan yang menggunakan cip Snapdragon 427. Sekarang bergantung kepada pengeluar untuk menyokongnya di masa hadapan.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemproses Snapdragon 653, 626 Dan 427 Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info