Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia D1C Ialah Tablet Dengan Skrin 13.8″

Selama ini anggapan kami salah. Peranti Nokia D1C yang markah penanda arasnya beberapa kali tertiris sebenarnya sebuah tablet. Saiz skrinnya kini diketahui selepas markah penanda aras Geekbench terkini sekali lagi tertiris. Nokia D1C mempunyai skrin 13.8″ HD Penuh dan diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 430. Seperti yang kami laporkan sebelum ini ia dilengkapi RAM sebesar 3 Gigabyte.

nokia-d1c-new-leak-1Maklumat lain kini diketahui ialah kamera utama 15-Megapixel dan kamera selfie 7-Megapixel. Keputusan Nokia untuk menghasilkan tablet pada waktu ini pastinya membingungkan. Jualan tablet, terutamanya dengan sistem operasi Android adalah agak suram sejak dua tahun kebelakangan ini. Kami tidak berapa pasti sama ada pasaran untuk tablet berspesifikasi rendah masih wujud. Apa pula pendapat anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia D1C Ialah Tablet Dengan Skrin 13.8″"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info