Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Mengisytiharkan Tahun 2017 Sebagai Tahun Promosi Startup Dan PKS

Pada pengumuman Belanjawan 2017, Najib Razak turut mengambil kesempatan untuk mengistiharkan tahun 2017 sebagai Tahun Promosi PKS & Startup. Perkara ini diumumkan selari dengan peranan PKS yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh negara.

Untuk tujuan berkenaan, dan mempergiatkan startup, sejumlah RM200 juta akan disediakan dibawah dana Skim Jaminan Modal Kerja. Dana ini akan dikhususkan untuk startup sahaja.

Disamping itu, satu kategori pas baru disediakan untuk menggalakkan lagi pelaburan startup berteknologi tinggi – iaitu Usahawan Teknologi Asing Berpengetahuan Tinggi.

Bagi menggalakkan pembangunan PKS pula, kerajaan akan menyediakan sebanyak RM75 juta, disamping disediakan dengan pelbagai pembiayaan perniagan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Mengisytiharkan Tahun 2017 Sebagai Tahun Promosi Startup Dan PKS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info