Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Yahoo! Mengesahkan Kebocoran Data Besar Melibatkan Lebih 500 Juta Akaun Pengguna

Yahoo! hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan sebuah siasatan yang dilakukan baru-baru ini oleh Yahoo! mendapati yang mana sejumlah maklumat peribadi pengguna tertiris melalui pecah-masuk rangkaian syarikat berkenaan ketika tahun 2014 yang lepas.

Menurut Yahoo! lebih kurang 500 juta akaun pengguna terlibat, dan antara data yang dicuri adalah termasuk naam pengguna, emel, nombor telefon, tarikh lahir, dan beberapa soalan sekuriti yang disulitkan – termasuk kata laluan (yang dilindungi).

Dengan pengumuman ini juga, Yahoo! meminta semua pengguna yang tidak mengubah kata laluan sejak daripada 2014 yang lepas supaya mengubahnya serta-merta.

Memandangkan angka pengguna yang terlibat adalah sangat besar – malah boleh dikatakan antara terbesar buat masa. Ia tidak diketahui lagi sama ada perkara ini akan membuatkan harga jualan Yahoo! kepada Verizon akan terkesan ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Yahoo! Mengesahkan Kebocoran Data Besar Melibatkan Lebih 500 Juta Akaun Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info