Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Bakal Memperkenalkan Kod Laluan Untuk Mengelakkan Mesej Dibaca

Penyulitan diperkenalkan oleh WhatsApp awal tahun ini bagi mengelakkan kandungan mesej anda dibaca oleh pihak yang tidak diingini. Di dalam dunia yang paranoid dengan intipan dan godaman,sokongan sistem ini amat dihargai ratusan juta pengguna WhatsApp. Tetapi sekiranya peranti anda berjaya dinyahkunci, mesej masih lagi boleh dibaca oleh pihak ketiga.

WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan sistem kod laluan bagi mengelakkan mesej dibaca tanpa kebenaran. Pengguna boleh meletakkan kata laluan enam aksara atau nombor untuk mengunci aplikasi dari digunakan. Tidak diketahui bilakah ia akan diaktifkan buat semua pengguna. Sistem ini sebaik-baiknya digunakan untuk mengekalkan privasi bukannya menyorokkan kekasih gelap dari isteri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Bakal Memperkenalkan Kod Laluan Untuk Mengelakkan Mesej Dibaca"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info