Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spesifikasi PC Untuk Mafia III Diumumkan

Mafia III akan dilancarkan 7 Oktober hadapan. Permainan dunia terbuka ini amat kami nantikan kerana selepas kegagalan Mafia II kami teruja dengan apa yang kami lihat di dalam Mafia III ketika di E3 Jun yang lalu. Kali ini anda bermain sebagai Lincoln Clay yang cuba untuk memerintah New Bourdeux yang dikuasai kongsi gelap lain.

Spesifikasi PC untuk permainan ini akhirnya diumumkan dan kami rasakan adalah agak munasabah. Kad grafik yang diperlukan hanya sebuah GTX 660 pada tetapan minimum dan GTX 780 pada tetapan tinggi. Anda tidak perlu menjadi Mafia dan merompak untuk memiliki PC yang mampu menjalankan permainan ini dengan lancar.

mafia-3-specs

 

Spesifikasi BioShock The Collection
Pemproses Paling Minimum Intel i5-2500k

AMD FX-8120

Pemproses Disarankan Intel i7-3770

AMD FX 8350 4.0 GHz

Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTX 660

AMD Radeon HD7870

Kad Grafik Disarankan Nvidia GeForce GTX 780 atau GTX 1060

AMD Radeon R9 290X

RAM Paling Minimum 6GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 50 Gigabyte
Sistem Operasi Minimum Windows 7 SP1 64 Bit

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Spesifikasi PC Untuk Mafia III Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info