Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Cardboard Camera Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna iOS

Google Cardboard ialah peranti maya yang paling mampu milik di pasaran. Ia membolehkan anda melihat video 360 darjah melalui Youtube dan membenarkan anda mengembara di alam maya dengan mudah. Aplikasi Cardboard Camera dilancarkan Disember lalu untuk pengguna Android. Ia membolehkan pengguna mengambil gambar 360 darjah 3D menggunakan kamera peranti mereka. Aplikasi ini akhirnya boleh dimuat turun pengguna peranti iOS.

Dengan menggunakan Cardboard Camera, gambar panorama 2D akan diubah menjadi gambar 3D yang berputar mengikut pergerakan kepala pemakai. Untuk menggunakan aplikasi peranti anda sekurang-kurangnya perlu menggunakan iOS 8.0 dan ke atas. Ia boleh digunakan peranti iPhone, iPad dan iPod Touch. Pautan muat turun aplikasi adalah seperti di bawah.

Muat turun aplikasi Cardboard Camera untuk iOS di App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Aplikasi Cardboard Camera Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info