Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Tab A (2016) Dengan Sokongan S-Pen Tertiris

Samsung mempunyai tablet dengan S-Pen beberapa tahun lepas, dinamakan sebagai Galaxy Note 8.0 – dimana ia membawakan skrin bersaiz 8-inci, dan memberikan kemudahan untuk lakaran dan mencatat nota melalui S-Pen. Namun, ia tidak dikemaskini dengan versi baru sejak ia diperkenalkan.

Kini, setelah sekian lama, nampaknya Samsung akan hadir dengan satu lagi tablet baru yang dilengkapi dengan S-Pen, tetapi kali ini menggunakan nama Galaxy Tab A (2016).

Samsung Galaxy Tab A 2016

Tablet baru ini akan membawakan skrin bersaiz 10.1-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 7870, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Seperti pada Galaxy Note 7, tablet ini turut akan menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Samsung turut dijangka akan menyertakan S-Pen yang sama seperti pada Galaxy Note 7, sekaligus menawarkan pelbagai sokongan catatan dan lakaran seperti terdapat pada phablet berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkannya secara rasmi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Tab A (2016) Dengan Sokongan S-Pen Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info