Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Raspberry Pi Melangkaui 10 Juta Jualan – Memperkenalkan Kit Permulaan Baru

Raspberry Pi merupakan salah satu papan pembangunan yang popular dikalangan ramai pembangun – dimana ia menawarkan kuasa perkomputeran pada saiz hanya sebesar kad kredit. Ia telah mula ditawarkan sekitar 4 tahun lepas, dan terkini, mereka mengumumkan telah menjual sebanyak lebih 10 juta Raspberry Pi di seluruh dunia.

Raspberry Pi sering hadir dengan papan induk-nya tersendiri tanpa sebarang aksesori – sekaligus menjadikan harga tawarannya adalah sangat rendah. Pada tahun lepas, mereka turut membuat kejutan dengan hadir dengan papan Raspberry Pi berharga hanya $5 sahaja. Seperti biasa, pembangun boleh mendapatkannya dan turut menambah beberapa komponen untuk digunakan dalam pembangunan projek mereka.

Disamping untuk pembangun, pengguna biasa juga turut boleh menggunakannya. Sebagai contoh, memasang sistem operasi Linux dan menggunakan ia sebagai komputer, atau memasang sistem khusus dan mengubah televisyen menjadi televisyen pintar.

Raspberry Pi Starter Kit

Untuk menyambut penjualan lebih 10 juta unit ini, pihak Raspberry Pi turut hadir dengan sebuah kit permulaan khas yang turut menyertakan beberapa aksesori tambahan – seperti papan kekunci, tetikus, kad-SD, kabel HDMI, palam kuasa, dan juga buku panduan khusus. Raspberry Pi 3 Model B disertakan bersama-sama kit ini. Ia dijangka akan mula dijual dalam beberapa minggu lagi pada harga sekitar £99 (~RM540).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Raspberry Pi Melangkaui 10 Juta Jualan – Memperkenalkan Kit Permulaan Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info