Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rasmi : Samsung Umum Penarikkan Kembali Galaxy Note 7 – Menangguhkan Jualan

Samsung hari ini secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan rasmi, sekaligus mengesahkan beberapa laporan sebelum ini – dimana mereka telah pun mengumumkan penarikkan semula telefon pintar terbaru mereka, Galaxy Note 7 dari pasaran. Selain daripada itu, mereka juga akan menangguhkan jualannya untuk seketika.

Penarikkan semula ini diumumkan oleh Samsung lanjutan daripada beberapa kes letupan bateri yang berlaku di luar negara. Ia dikatakan peratusan yang terlibat adalah sangat sedikit. Tetapi, ia adalah lebih baik untuk mengambil langkah keselamatan daripada menyesal pada kemudian masa.

Samsung Galaxy Note 7

Dengan pengumuman ini, Samsung akan menghentikan jualan untuk seketika pada peringkat global, dan akan mula menggantikan peranti terlibat satu-ke-satu. Samsung mengatakan akan mengambil masa sekitar dua minggu untuk proses ini.

Di Malaysia, jumlah yang terkesan mungkin sangat sedikit, memandangkan Samsung masih belum memulakan jualan rasmi, dan sekadar menawarkan peranti untuk mereka yang telah membuat pra-tempahan sahaja buat masa ini.

Langkah Samsung ini boleh dikatakan suatu yang baik dalam mengutamakan keselamatan pengguna. Tetapi, ia mungkin memberikan impak yang sangat besar kepada jualan mereka, apatah lagi ketika ambang pengumuman iPhone baru daripada Apple. Peranti Galaxy Note 7 sendiri merupakan salah satu peranti yang telah menerima pujian ramai disebabkan oleh penawaran fungsi, pengimbas mata, sokongan kalis air dan juga S-Pen padanya.

Bagi anda yang menantikan peranti ini, mungkin perlu menantikan untuk tambahan beberapa minggu lagi sebelum ia mula dijual di Malaysia secara rasminya. Kami masih menantikan maklumbalas daripada pihak Samsung Malaysia berkenaan pengumuman ini buat masa ini.

Samsung Galaxy Note 7



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rasmi : Samsung Umum Penarikkan Kembali Galaxy Note 7 – Menangguhkan Jualan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info