Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Menggunakan OS X? Kemaskini Sistem Operasi Anda Hari Ini Untuk Mengatasi Kerentanan Serius

Beberapa hari yang lepas, Apple telah memperkenalkan kemaskini untuk pengguna iOS bagi mengatasi salah satu kerentanan serius pada platform mereka. Nampaknya, kerentanan sama turut memberikan kesan kepada pengguna OS X, dan hari ini Apple telah mula menawarkan kemaskini untuk sistem operasi komputer berkenaan.

Melalui kemaskini ini, ia mengatasi masalah kerentanan yang memberikan akses kepada perisian untuk mengakses kernel peranti – sekaligus boleh melakukan pelbagai perkara melaluinya.

Kemaskini sekuriti ini ditawarkan untuk pengguna OS X El Capitan dan juga Yosemite. Sekiranya anda menggunakan versi sistem operasi lama, mungkin anda sudah boleh menaik-taraf ke versi baru sistem operasi berkenaan dan menikmati pelbagai fungsi baru yang disertakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menggunakan OS X? Kemaskini Sistem Operasi Anda Hari Ini Untuk Mengatasi Kerentanan Serius"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info