SuperVOOC ialah sistem pengecasan pantas yang diperlihatkan oleh Oppo di MWC Februari lalu. Sistem ini mampu mengecas bateri sebesar 2900 mAh dalam masa hanya 15 minit. Sejak diperlihat ramai yang menantikan kemunculannya pada peranti sebenar. Penanti mungkin berakhir kerana ia besar kemungkinan digunakan pada peranti Oppo R9S.
Peranti ini baru sahaja melepasi badan pensijilan di China dan menanti untuk dilancarkan dalam masa terdekat. Ia mengekalkan skrin 5.5″ AMOLED R9 (F1 Plus di Malaysia) dan diperkasakan pemproses Snapdragon 625. Kemampuan kamera pula dikatakan 13-Megapixel pada bahagian belakang dan 16-Megapixel pada bahagian hadapan. Sistem pengecasan VOOC pada hemat kami ialah yang terpantas di pasaran sekarang. Dengan SuperVOOC masalah menunggu berjam-jam akan menjadi kisah silam.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R9S Mungkin Peranti Pertama Dengan Pengecasan SuperVOOC"