Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mafia III Rivals Akan Hadir Pada Android Dan iOS 7 Oktober Ini

Mafia III akan hadir pada PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 7 Oktober hadapan. Kali ini anda bermain sebagai Lincoln Clay yang cuba merampas semula New Bordeux dari pegangan kumpulan kongsi gelap terancang yang lain. Kepada pengguna peranti mudah alih, Mafia III Rivals akan dilancarkan pada hari yang sama. Permainan ini boleh dimuat turun secara percuma dengan elemen RPG.

mafia-iii-rivals-1

Pemain perlu merekrut ahli kongsi gelap bagi membina empayar jenayah mereka sendiri di New Bordeux. Mereka kemudian boleh menentang pemain lain untuk melihat siapakah raja sebenar di bandar ini. Pemain boleh mendaftar minat mereka untuk Rivals di Google Play dan Appl Store. Kepada pemain versi PlayStation 4, Xbox One dan PC, anda akan menerima pelbagai bonus sekiranya anda turut memainkan Rivals.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mafia III Rivals Akan Hadir Pada Android Dan iOS 7 Oktober Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info